Senin, 17 September 2012
Sabtu, 01 September 2012
Seorang guru wanita mengaku mengadakan seks dengan tiga pelajar lelaki
By klpost

Emma Webb, ibu dua anak, menangis ketika mengaku bersalah terhadap 16 tuduhan membabitkan pelajar berusia 15 dan 17 tahun.
Mahkamah sebelum ini diberitahu, guru berusia 41 tahun itu tidur
bersama dengan seorang pelajar hingga 12 kali dan melakukan seks
dengannya dan seorang lagi pelajar.
Mahkamah juga diberitahu, Emma yang mempunyai suami, mencium dan
memeluk pelajar ketiga serta menghantar imej lucah yang dirakamnya
ketika melakukan perbuatan memberahikan pada dirinya sendiri kepada
pelajar lain.
Guru itu ditangkap pada Jun lalu selepas seorang pelajar mendedahkan perkara itu kepada ibu bapanya.
Nama pelajar dan sekolah terbabit tidak boleh disiarkan kerana alasan undang-undang.
Hukuman terhadap Emma yang berasal dari Woodley, Berkshire akan dijatuhkan bulan depan.
Hakim, John Reddihough memberitahunya di Mahkamah reading: “Hanya
kerana kamu mengaku bersalah terhadap tuduhan itu tidak bermakna kami
tidak akan dikenakan hukuman.” – DM
Sumber : http://kualalumpurpost.net
Langganan:
Postingan (Atom)